Saturday, 30 March 2013

cerita sikit....



assalamualaikum....

nak share a story about...what Allah know that we dont know...enjoy ok...:)

terdapat seorang tua yang mempunyai seekor kuda jantan.dia menetap di sebuah kampung yang sangat permai dan punya semangat muhibbah di antara ahli kampung yang sangat kuat.satu hari,ditakdirkan Allah,kuda kepunyaannya mati.Lalu,datanglah penduduk ke rumahnya untuk mengucapkan takziah kepada si tua tersebut.Namun apa yang si tua itu katakan ialah "tak semestinya yang baik itu sentiasa baik,dan tak semestinya yang buruk itu sentiasa buruk".Orang kampung tersangatlah pelik dengan tingkah laku si tua tersebut.selang beberapa hari kemuadian,si tua itu berjaya memiliki 5 ekor kuda rezeki Allah yang tak disangka-sangka.Datanglah orang kampung untuk mengucapkan tahniah.Namun jawapan si tua itu tetap sama."tak semestinya baik itu sentiasa baik,dan tak semestinya yang buruk itu sentiasa buruk".orang kampung pulang kehairanan.Tiba2,kampung itu digemparkan dengan sebuah berita yang menyedihkan.Anak si tua itu telah cacat ditendang oleh salah seekor daripada kuda si tua tersebut.Atas semangat kekitaan yang begitu tinggi orang kampung tetap hadir utk mengucapkan takziah.namun jawapan yang sama terus diberikan oleh si tua yang miskin tadi.Orang kampung kebingungan.tahun berganti tahun,negara itu dikancah peperangan yang tidak boelh lagi dielakkan.Maka raja bertitah kepada seluruh rakyat jelata,utk mengembleng tenaga bagi mempertahankan negara.Semua pemuda negara tersebut telah dipanggil utk mempertahankan negara.Namun,anak si tua terpaksa disingkirkan kerana kecacatan yang dialami akibat disepak kuda beberapa tahun yang lalu.Pemuda dikampung si tua itu mati kesemuanya.Tinggallah anaknya yang cacat itu sebagai satu-satunya pemuda yang masih hidup di bumi kampung tersebut.Anak-anak gadis dikampung pun berebut-rebut untuk bersuamikan dia.Akhirnya,pemuda tersebut berkahwin dengan seorang jelitawan yang kaya.Dan yang pasti,masa depan itu,sentiasa menjadi rahsia Allah dan "tak semestinya yang baik sentiasa baik,dan yang buruk sentiasa buruk".

harap dapat faedah daripada pembacaan nie.Boleh share kat member2.Biar semua sedar,kegagalan sekarang tak bererti kita gagal merancang,tapi Allah mempunyai perancangan yang jauh lebih baik untuk kita...in sya allah...thats all...thanks for reading...:)


"Allah tak berkehendak untuk mecampakkan kesulitan ke atas kamu,
melainkan untuk membersih dan menyempurnakan nikmatNya ke atas kamu,
semoga kamu bersyukur".


No comments:

Post a Comment