Thursday, 4 April 2013

pahit ye....




assalamualaikum

Hai,how was your day??..Hari ni nak cerita sikit pasal kejujuran...mesti pernah denga quote ni kan..."berkatalah benar,walaupun pahit"...It's not just a word...Ia merupakan realiti yang kadangkala kita tak sedar mengenainya...siapa yang berani bercakap jujur,bila tahu dia akan didenda atas perbuatannya??..Siapa nak mengaku status yang bakal membahayakan keadaan dan reputasinya??...Bukan calang-calang orang dapat melakukannya,lebih-lebih lagi pada orang yang merasakan kesalahannya terlalu berat untuk dibongkarkan...Hari ni saya mengalami satu situasi yang membuatkan saya terfikir untuk menipu...Untuk menyelamatkan diri...Tapi,saya tak jadi buat demikian..kerana teringatkan satu kisah...Kisahnya begini:

pada suatu zaman dahulu,terdapat seorang pemuda yang sangat baik hati,sopan santun dan menghormati kedua ibu bapanya...Dia menyatakan hasratnya kepada ibunya untuk mengembara bagi mendalami ilmu agama...Lantas,meminta izin dan restu daripada ibunya...ibunya memberi keizinan dan membekalkan 40 dirham kepadanya,,,ibunya berpesan agar dia sentiasa bercakap jujur dan tidak menipu dalam apa jua keadaan...die pun memulakan kembaranya untuk mendapat redha Allah...sesampainya disebuah penempatan,dia telah diserang oleh sekumpulan perompak...Lalu,ketua perompak itu mendekatinya dan bertanya."Apa yang engkau bawa bersamamu??"...Lantas pemuda itu menjawab..."Aku ada 40 dirham pemberian ibuku kepadaku,untuk kembaraku inin"...Ketua perompak itu memeriksanya,dan ternyata pemuda itu bercakap benar..."Mengapa kamu bercakap benar,apa kamu tidak takut dirompak??"...pemuda itu menjawab,"ibuku berpesan untukku bercakap jujur dalam apa juga keadaan"..tidak semena-mena,ketua perompak itu menangis...dan masuklah dia ke dalam islam...hasil kejujuran yang ditunjukkan oleh pemuda tadi...

hhrrmm,...so,kejujuran tu sentiasa membuahkan hasil yang manis...yang membezakan cuba jarak masanya,,ada yang kesannya dapat dirasai dengan cepat dan ada yang kita akan terfikir semula dan setuju dengan kejujuran kita pada suatu hari nanti...Dan saya memilih untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku...saya berasa sangat lega...dan respons yang positif...i'm so happy...jadi kawan-kawan...mungkin berat mulut nak mengungkapkan...tapi percayalah...kejujuran itu sentiasa membuahkan kemanisan yang berpanjangan....in sya allah...:)....thats all...thank u...




No comments:

Post a Comment